Thursday 19 January 2012

BERFIKIRLAH SEJENAK...

tiba2 rasa mcm nak menulis sesuatu kat aku pnye blog yg cabuk ni...sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal benda ni tapi tak berkesempatan...pasal kahwin dan pasal cerai
di dada2 akhbar sekarang bukan main lagi bercerita pasal benda ni...tapi tujuan aku tulis entri ni bukan disebabkan "berita2" sensasi tu..

mak aku dulu pernah pesan kat aku "kalau kamu nak kahwin nanti mesti kene dapatkan restu ibu bapa dari kedua2 belah pihak..sebab...

Pertama: Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Ibubapa.


Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[1]


Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.


Walaubagaimanapun hendaklah diperhatikan bahawa apa yang meredhakan ibubapa tidak mengakibatkan kemurkaan Allah. Maksud saya, jangan melakukan sesuatu yang merupakan maksiat kepada Allah dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingatkan:

Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.[2]


Di samping tidak boleh berbuat baik kepada ibubapa dalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Allah, kita juga tidak boleh berbuat baik kepada ibubapa dalam hal-hal yang merupakan maksiat kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda berpesan:

Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dicintainya berbanding ibubapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.[3]


Cinta kepada Rasulullah, sebagaimana yang dimaksudkan oleh hadis di atas, bukanlah sekadar perasaan di hati tetapi adalah dengan pembuktian praktikal, seperti mentaati perintah larangan baginda, mengikuti sunnahnya dan membenci bid‘ah yang merosak dan mencemari sunnah tersebut.

Oleh itu tuntutan berbuat baik kepada ibubapa haruslah selari dengan petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah, iaitu syari‘at Islam. Justeru seandainya ibubapa menyuruh kita membelikan mereka minuman keras atau membantunya membuat acara kemungkaran seperti pesta (party) di rumah, kita tidak perlu mentaatinya. Jika kita mendapati ibubapa cenderung kepada sesuatu yang menyelisihi syari‘at Islam, hendaklah:
Terlebih dahulu memastikan bahawa ia benar-benar menyelisihi syari‘at Islam. Jika perkara tersebut merupakan sesuatu yang diperbincangkan oleh para ilmuan, maka hendaklah kita mengambil sikap berlapang dada. Oleh itu, sebagai contoh, jika kita cenderung kepada hukum larangan mendengar muzik manakala ayah pula gemar mendengar lagu-lagu klasik, maka hendaklah kita bersikap lapang dada. Biarkanlah ayah mendengar lagu-lagu kegemarannya.[4]

Jika dipastikan bahawa ia benar-benar menyelisihi syari‘at Islam, maka janganlah ditegur secara kasar dan mendadak. Sebaliknya maafkanlah mereka, pohonkan keampunan Allah kepada mereka[5], kemudian berbincanglah secara hikmah dan lemah lembut. Kemudian jangan diharapkan perubahan secara serta merta, sebaliknya bertawakkallah kepada Allah agar pada satu masa nanti, secara bertahap-tahap, mereka akan berubah. Ikutilah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam perkara ini, iaitu sebagaimana firman Allah:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159]


Berdasarkan hadis-hadis yang dikemukakan di atas, dapat dirumuskan bahawa sebelum seseorang itu membuat apa-apa keputusan, hendaklah diperhatikan bahawa keputusan tersebut menepati dua syarat berikut:
Ia selari dengan syari‘at Islam.
Ia diredhai oleh ibubapanya.

Seandainya wujud pertentangan antara dua syarat tersebut, hendaklah dicari jalan untuk menghilangkan pertentangan tersebut. Ini akan dijelaskan seterusnya dalam buku ini.

Pengajaran lain yang tidak kurang pentingnya daripada hadis di atas, yakni sabda Rasulullah yang bermaksud:“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”, ialah jika kita mengalami kehidupan yang sempit lagi serba tak menjadi, hendaklah diperhatikan hubungan kita dengan ibubapa. Ini kerana seorang anak yang berada di bawah keredhaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi lapang lagi mudah hasil daripada keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepadanya. Sebaliknya seorang anak yang berada di bawah kemurkaan ibubapanya, kehidupannya akan menjadi sempit dan serba tak menjadi, disebabkan kemurkaan Allah kepadanya.


[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515.
[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 7144 (Kitab al-Ahkam, Bab mendengar dan taat kepada pemerintah selagi mana ia bukan merupakan maksiat).
[3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 15 (Kitab al-Iman, Bab mencintai Rasulullah adalah sebahagian daripada iman).
[4] Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ilmuan tentang hukum muzik. Antara rujukan terkini yang baik untuk dijadikan kajian dan perbandingan adalah:
Polemik Seputar Hukum Lagu & Muzik oleh Nashr al-Din al-Albani (edisi terjemahan oleh Abu Umar Basyir daripada judul asal Tahrim Alatit Tharab; Darul Haq, Jakarta, 1999). Ringkasnya al-Albani berpendapat muzik dilarang kecuali dalam beberapa suasana yang terhad seperti majlis perkahwinan. Itupun dengan beberapa alat muzik yang terhad.

Fiqih Muzik & Lagu Perspektif al-Qur’an dan as-Sunnah oleh Yusuf al-Qaradhawi (edisi terjemahan oleh Achmad Fulex & Awan Sumarna daripada judul asal Fiqh al-Ghina wa al-Musiqy fi Dhau‘i al-Qur’an wa as-Sunnah; Mujahid Press, Bandung, 2002). Ringkasnya al-Qaradhawi berpendapat muzik adalah harus kecuali apabila ia disalahgunakan ke arah perkara yang merupakan maksiat kepada Allah seperti melalaikan daripada solat pada awal waktu.
[5] Sikap yang pertama adalah memaafkan mereka dan mendoakan keampunan kepada mereka. Ini akan menenangkan hati kita, seterusnya menjadi penggerak untuk kita memahami kenapakah mereka cenderung kepada sesuatu yang menyelisihi syari‘at. Mungkinkah mereka tidak tahu, salah faham, tidak mampu, terlanjur atau memiliki sebab-sebab lain yang tidak kita fahami? Kemudian, dengan sikap memaafkan mereka dan mendoakan keampunan kepada mereka, teguran kita kepada mereka akan lebih bersifat lemah lembut dan hikmah, tidak kasar dan mendadak.

ha..yg ni aku copy n paste dr blog lain k!!



apa yang aku nak tekankan kat sini pasal redha ibu bapa..
dari apa yang aku tengok dan dari pengalaman orang2 di sekeliling aku mmg restu ibu bapa tu penting dalam sesuatu hubungan..hmm..mula2 aku tak nampak dan tak faham kenapa mak aku cakap macam tu tapi bila aku dah besar sekarang ni baru aku faham..
ce korang tengok rata2 banyak kes kahwin lari dulunya akan bercerai jugak akhirnya kan?????!
hmmm..macam kes2 kahwin lari dengan orang Lombok dulu..kan ke tu mmg tak dapat restu dari ibu bapa 100% tapi tetap degil jugak si anak..tapi apa yang jadi lastnye??..menyusahkan orang gak kan??..bercerai berai gak kan??...hidup susah la bagai...last2 sapa yang nak tolong melainkan mak bapak jugak kan??..dulu masa time kahwin dulu tak ingat plak nak mintak restu diorang dulu..main kahwin lari je..nikah kat siam la ape la...masa tengah bercinta mmg semua indah belaka..mak bapak tak bagi restu pn tak pe asalkan dapat bersama dengan orang yang dicintai...masa awal perkahwinan mmg korang tak terasa la..sebab semua masih indah lagi..

mmg la korang dapat kahwin gak akhirnya tapi adakah jodoh korang ngan orang yang mak bapak korang tak suka tu berpanjangan berkekalan hingga hujung nyawa??!!..aku belum nampak lagi orang kahwin lari boleh kekalkan perkahwinan dia sampai hujung nyawa...hmm..kecuali dah dapat restu family dua2 belah pihak...

benda ni pernah jadi pada salah sorang yang rapat dengan aku..dia dah bercinta dgn bf dia hampir 4 tahun lamanya...tapi masih tak dapat restu ibu bapa dari pihak lelaki...sampai satu tahap bf dia ajak menikah kat siam..tapi aku mmg respect dgn beliau sbb dia tak ikut plan bf dia..sebaliknya dia cakap.."mungkin kita tak de jodoh kot,walau kawin lari sekali pun mungkin jodoh kita tak panjang..saya tak nak awak jadi anak derhaka pada mak bapak awak..jalan penyelesaian yang terbaik kita putus..."..FYI family perempuan tu tak kisah pn walau dgn sesiapa anak dia nak kawin tapi satu pesan yang dia ingat..nak kahwin mesti kena dapatkan restu dari family masing2..mmg frust sebab hubungan yang 4 tahun dibina berkecai macam tu saja..tapi inilah yang terbaik dari kita teruskan niat nak kahwin tapi at the end macam2 hal jadi..lebih baik sakit sekarang..

lagi satu yang aku pelik..isu kahwin lari ni macam mana boleh jadi??..hmm..kadang2 terfikir gak aku..kalau dah anak tu suka sangat ngan gf/bf diorang biarkanlah diorang nak menikah..dapat gak halang dosa..maksud aku dari dorang buat maksiat..baik kahwinkan aje...tapi kalau dah mak bapak tak suka mmg tak boleh nak buat apa la kan??...tapi terfikir gak aku mesti la mak bapak ada reasons diorang tersendiri kenapa diorang tak setuju dengan pilihan korang suka tu...mesti diorang ada sebab,tak kan lah nak benci kat orang sesuka hati tanpa ada sebab..just tak bagi korang tau je..cz kalau tau mesti lain jadinya nanti..

bila aku dah matured sket cm skang ni aku mulalah terfikir kalau lah benda ni jadi kat aku sendiri macam mana??..akhirnya aku jumpa satu jalan..kembali pada Allah..mohon petunjuk yang mana satu pilihan yang betul,jangan ikut perasaan je..mmg lah kebenaran tu pahit untuk ditelan..tapi kene gagahkan jugak demi kebahagiaan yang berpanjangan kelak...tepuk dada jangan tanya selera tapi tanyalah iman anda k!!

2 comments:

  1. seyesli aku xtaw ko nk ckp psaipa sbb aku maleh nak baca (panjang gila entri ko!) ;p
    pepon kalo bab kawen,aku FAHAM!sgt2 faham.
    hahaha...ksimpulannya,cpt2 kawen :)

    ReplyDelete
  2. sengal la ko...aku ckp pasal gosip liar yg rita rudaini ngan laki dia tu..so aku wt kesimpulan sndiri je..hanhahahaha..kaki sebok gak aku ni kan?..hehehe

    ReplyDelete